Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan

Bernama
Julai 12, 2024 15:30 MYT
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Polis Singapura sedang menyiasat 528 suspek kerana disyaki terbabit dalam lebih 2,200 kes penipuan dan aktiviti peminjaman wang tanpa lesen berikutan operasi penguatkuasaan dari 1 Julai hingga 10 Julai, menurut kenyataan terkini polis.
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.
Polis berkata mangsa kerugian lebih 10 juta dolar Singapura (US$7.4 juta) dalam kes itu, lapor Xinhua.
Seramai 103 lagi suspek disiasat atas penipuan pinjaman dan aktiviti 'Ah Long'.
Menurut polis, sebanyak 41 individu telah ditahan. Siasatan terhadap semua suspek sedang dijalankan.
-- BERNAMA
#polis Singapura #penipuan #Siasat #pengubahan wang haram