Polis Singapura siasat 305 suspek kes penipuan

Bernama
September 14, 2024 06:00 MYT
Suspek turut disiasat kerana mengubah wang haram, atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Polis Singapura sedang menyiasat 305 suspek kes penipuan susulan operasi penguatkuasaan dari 30 Ogos hingga 12 Sept, menurut kenyataan terbaharu polis, lapor Xinhua.
Suspek terbabit dalam lebih 1,500 kes, termasuk penipuan pelaburan, penipuan e-dagang, penipuan pekerjaan, penipuan penyamaran rakan, penipuan pembeli palsu dan penipuan cinta Internet.
Polis berkata mangsa kerugian lebih S$12.8 juta (AS$9.9 juta).
Suspek turut disiasat kerana mengubah wang haram, atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.
-- BERNAMA
#kes penipuan #pelaburan #E-dagang #pekerjaan
;