Polis siasat kematian misteri tiga kanak-kanak dalam rumah
Astro Awani
Januari 21, 2020 18:02 MYT
Januari 21, 2020 18:02 MYT
Polis Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat misteri kematian tiga beradik melibatkan seorang bayi 7 bulan, serta dua kanak-kanak berusia 2 tahun dan 3 tahun dalam rumah mereka di Phoenix, Arizona.
Lapor media tempatan, pihak berkuasa sebelum itu menerima panggilan kecemasan daripada saudara mangsa yang melaporkan kejadian.
Bagaimanapun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia selepas tidak memberi respon terhadap bantuan pernafasan yang diberikan pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
Susulan itu, polis mengambil keterangan ibu, ayah dan beberapa saudara mangsa bagi membantu siasatan.
Setakat ini, punca kejadian masih disiasat.
Malah, polis menyifatkan masih terlalu awal untuk mengetahui punca kematian tiga bayi dan kanak-kanak terbabit.