Polis siasat ancaman terhadap PM Lee Hsien Loong di Facebook

Bernama
Februari 9, 2015 08:40 MYT
Satu laporan polis dibuat susulan beberapa ancaman terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata jurucakap polis pada Ahad. -Gambar fail
Satu laporan polis dibuat susulan beberapa ancaman terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata jurucakap polis pada Ahad.
Beliau berkata "siasatan sedang dijalankan".
Saluran televisyen tempatan, Channel NewAsia (CNA), melaporkan ancaman itu dibuat dalam catatan di laman Facebook pada 6 Feb lepas.
Dalam satu daripada catatan itu, penulis mengugut untuk menembak perdana menteri manakala catatan lain mendakwa satu bom ditinggalkan di Lapangan Terbang Changi.
CNA melaporkan catatan itu turut ditag kepada Lee dan Polis Singapura.
#changi #CNA #Facebook #Lee Hsien Loong #Perdana Menteri #Singapura #ugutan bunuh
;