Polis salah tembak, penyerang sebenar Alabama masih bebas
Agensi
November 24, 2018 15:39 MYT
November 24, 2018 15:39 MYT
Sekurang-kurangnya seorang penembak yang terlibat dalam kejadian tembakan pada Black Friday di Riverchase Galleria di Birmingham, Amerika Syarikat masih bebas.
Ini berikutan pihak polis tempatan yang tersilap menembak mati seorang lelaki, Emantic Fitzgerald Bradford Jr, 21, yang disangka suspek dalam kejadian tersebut.
Pihak berkuasa pada mulanya berkata Bradford telah melepaskan tembakan bertalu-talu sehingga mencederakan lelaki yang bergaduh dengannya.
Namun, mereka menyedari kesilapan tersebut setelah menemu bual saksi dan meneliti bukti yang ada.
Bagaimanapun, pihak polis mengatakan bahawa Bradford mungkin terlibat dalam perbalahan ketika kejadian berlaku.
Dua lelaki kini dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut dan penembaknya masih bebas.
Kapten Polis Hoover, Gregg Rector berkata pegawai yang menembak Bradford diberikan cuti sementara siasatan diteruskan.
Pusat beli-belah tersebut ditutup susulan kejadian tetapi dibuka semula pada Jumaat.