Polis Republik Czech tahan warga Turki terlibat kes seludup manusia

APTN
Mac 9, 2018 06:30 MYT
Ketika penahanan dilakukan, kesemua suspek sedang dalam perjalanan ke Jerman bersama kesemua pendatang tersebut. - Google Map
Pihak polis di Republik Czech berjaya menahan beberapa lelaki warganegara Turki yang disyaki menyeludup 22 pendatang dari Asia Barat pada awal Jumaat.
Ketika penahanan dilakukan, kesemua suspek sedang dalam perjalanan ke Jerman bersama kesemua pendatang tersebut.
Menerusi operasi yang dijalankan di pinggir Prague itu, kesemua pendatang yang dimuatkan dalam sebuah van berjaya diselamatkan termasuk wanita dan kanak-kanak dari Iraq dan Syria.
Menurut kenyataan polis, salah seorang pendatang merupakan seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan telah diberikan rawatan segera.
Operasi yang melibatkan polis dari Slovakia dan Jerman itu dilakukan setelah pengawasan selama dua bulan dijalankan terhadap kumpulan penyeludup berkenaan.
Kumpulan itu dipercayai terlibat dalam enam sindiket sama tidak lama dahulu.
Tahun lalu polis Czech menahan 172 pendatang berbanding 511 pada tahun 2016 dan 2,294 pada 2015.
#migran #Prague #Republik Czech #seludup
;