Polis Republik Czech guna Ferrari sebagai kereta peronda

Sinar Harian
Julai 27, 2022 10:40 MYT
Polis di Republik Czech menggunakan Ferrari 458 sebagai kenderaan perondanya. - Foto Police of the Czech Republic
PRAGUE: Polis di Republik Czech pada Isnin lalu menggunakan kereta sports Ferrari 458 sebagai kereta peronda untuk mengejar kenderaan curi dan membanteras perlumbaan haram di negara itu.
Menurut polis, kereta Ferrari itu dikerahkan untuk menentang pemandu yang paling agresif di lebuh raya Czech.
Ini bermakna ia akan digunakan untuk mencari dan mengejar kenderaan curi dan membanteras acara yang sering mengakibatkan perlumbaan jalanan berkelajuan tinggi secara haram.
Ferrari itu sebelum ini dirampas daripada penjenayah sebelum ia digunakan sebagai kereta peronda polis.
Kereta itu bernilai sekitar £150,000 (RM802,858) di pasaran.
Ia telah diubah suai menjadi salah sebuah kenderaan polis terpantas di Eropah.
Dalam satu kenyataan, Polis Republik Czech berkata, kos pengubahsuaian kenderaan itu lebih murah daripada membeli sebuah kereta Skoda baharu. –Sinar Harian memetik laporan agensi
#Ferrari 458 #Polis Republik Czech #mengejar kenderaan curi #kereta peronda polis
;