Polis Ohio buru suspek bunuh 8 keluarga besar-besaran
Agensi
April 24, 2016 12:17 MYT
April 24, 2016 12:17 MYT
Pihak berkuasa Ohio melancarkan pemburuan besar-besaran ke atas suspek yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan lapan sekeluarga di Selatan Ohio, Amerika Syarikat.
Sehingga kini, siasatan kejadian tersebut telah dikenal pasti melibatkan seorang penjenayah.
Suspek disifatkan bersenjata dan sangat merbahaya.
Polis telah menemuramah 30 individu namun sehingga kini, masih belum ada sebarang penahanan dibuat.
Penemuan itu susulan hasil siasatan polis sebaik sahaja menerima laporan penduduk di perkampungan Piketon.
Pada awalnya, polis menjumpai tujuh mayat termasuk mayat dua kanak-kanak di tiga lokasi lain.
Bagaimanapun, mayat kelapan yang ditemui pada pagi Sabtu tidak dimakumkan lokasinya.
Kesemua mayat mangsa dipercayai mempunyai pertalian keluarga ditemui dalam empat buah kediaman berdekatan Union Hill, kawasan luar bandar Ohio.