Polis New York maut ditembak
Agensi
November 5, 2016 10:35 MYT
November 5, 2016 10:35 MYT
Dua maut termasuk seorang anggota polis, manakala seorang lagi cedera dalam kejadian berbalas tembakan di New York.
Kejadian berlaku ketika suspek, Manual Rosales dihampiri kedua anggota polis berkenaan untuk menahannya.
Mangsa dikenal pasti sebagai seorang anggota polis veteran berpangkat sarjan dan merupakan bapa kepada dua orang anak.
Polis sebelum itu menerima laporan seorang lelaki memecah masuk kediaman dan usaha mengesan suspek digerakkan.
Kenderaan dinaiki suspek kemudian dikesan tidak jauh dari lokasi sebelum polis cuba menahan suspek.
“Ketika pegawai mendekati kenderaan yang dihentikan di 1575 Bronx River Avenue, suspek dikenali sebagai Manuel Rosales, 35, melepaskan tembakan menggunakan senjata semi-automatik 45 kaliber.
“Polis membalas tembakan dan ketika itu dua anggota ditembak. Suspek maut ditempat kejadian,” kata Ketua Jabatan PolisNew York, James O'Neill.
Polis bagaimanapun berjaya menembak mati suspek dalam kejadian berkenaan serta merampas senjata yang digunakan suspek.
Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu mempunyai 17 rekod jenayah lampau.
Laporan tabung memorial menyatakan sekurang-kurangnya 52 anggota polis Amerika Syarikat dan Puetro Rico maut ketika bertugas pada 2016.