Polis memburu seorang eksekutif FIFA

Agensi
Julai 11, 2014 12:50 MYT
PELARIAN: Whelan dituduh terlibat dalam satu rangkaian yang telah menjual beribu-ribu tiket bernilai berjuta-juta dolar, sejak Piala Dunia 2002. - AFP Photo/Tasso Marcelo
Seorang eksekutif dari firma perkhidmatan hospitaliti Piala Dunia melarikan diri mengikut pintu belakang hotel mewah di Rio de Janeiro hari Khamis untuk mengelak dari ditangkap atas tuduhan menjual tiket haram, kata pihak berkuasa.
Polis melancarkan pemburuan terhadap Raymond Whelan, seorang warga Britain yang merupakan pengarah syarikat rakan kongsi FIFA Match Services, menuduh beliau melarikan diri dari Hotel Copacabana Palace selepas seorang hakim mengarahkan penahanan beliau dan 10 suspek lain.
"Warga Britain itu melarikan diri melalui pintu belakang hotel dan kini dianggap sebagai seorang pelarian," kata polis Rio dalam satu kenyataan, hanya tiga hari sebelum perlawanan akhir Jerman-Argentina di Stadium Maracana Ahad ini.
"Kita nampak dia dalam rakaman (keselamatan) meninggalkan tergesa-gesa," kata Fabio Barucke, penyiasat utama kepada pemberita sambil menambah bahawa Whelan telah melarikan diri satu jam sebelum polis tiba.
TV Brazil menunjukkan rakaman Whelan, memakai baju biru, berjalan dengan lelaki lain yang menunjukkan kepadanya untuk duduk di atas kerusi berhampiran pintu keluar perkhidmatan sebelum dia meninggalkan hotel, yang dikawal ketat dan merupakan penginapan pegawai kanan FIFA.
Whelan dituduh terlibat dalam satu rangkaian yang telah menjual beribu-ribu tiket bernilai berjuta-juta dolar, sejak Piala Dunia 2002.
Whelan, yang menafikan tuduhan, pada mulanya ditahan di hotel yang sama pada Isnin tetapi telah diberikan pembebasan hari berikutnya. Pasportnya telah dirampas oleh pihak berkuasa, tetapi polis merasakan dia telah memperolehi satu pasport lain dari konsulat Britain.
Polis memfailkan tuduhan terhadapnya dan 11 yang lain pada hari Rabu dan menghantar kes itu kepada pendakwa raya, dan meminta waran tangkap kepada semua kecuali mereka yang telah bekerja sama dengan penyiasat.
Pendakwa berkata 12 suspek itu menghadapi tuduhan jenayah terancang, jualan tiket haram, rasuah, pengubahan wang haram dan penipuan cukai. Sepuluh sudah berada di dalam penjara, kecuali Whelan dan suspek yang bekerjasama.
Peguam warga Britain itu, Fernando Fernandes, berkata beliau akan merayu perintah tahanan tersebut, mengatakan ia sebagai haram, menurut laman web berita G1.
Media Brazil telah mendedahkan perbualan di antara Whelan dan salah satu ketua suspek dalam kes itu, warga Perancis-Algeria Mohamadou Lamine Fofana, yang membincangkan pakej hospitaliti untuk permainan termasuk perlawanan akhir.
Tetapi Match Services mempertahankan Whelan, mengatakan dia tidak bersalah dan bahawa tidak ada yang menyalahi undang-undang tentang perbualan tersebut.
Syarikat yang berpangkalan di Zurich berkata Whelan telah membincangkan penjualan 24 pakej hospitaliti dengan harga yang betul, walaupun dia naikkan angka itu kepada $25,000 daripada $24,750 bagi setiap pakej, dan bahawa perjanjian itu tidak pernah selesai.
'Match Service menafi salah laku'
Match Services pada Rabu mengatakan bahawa Whelan secara sukarela akan melepaskan akreditasi Piala Dunia tetapi dia tidak melakukan sebarang salah laku.
Sebelum berita kehilangan tiba-tiba Whelan itu, pengerusi eksekutif Match Services dan syarikat sekutunya mengeluarkan kenyataan mengkritik polis Rio.
"Mereka yang bertanggungjawab untuk siasatan dari Polis Awam Rio de Janeiro Presint 18 bukan pakar dalam penjualan Piala Dunia FIFA tiket," kata Pengerusi Jaime Byrom dalam kenyataan itu.
"Walaupun kepercayaan kami bahawa tindakan yang diambil terhadap Encik Whelan tidak sah dan tidak berasas, Match Services dan saya secara peribadi tetap komited untuk membantu pihak berkuasa dari Presint 18 atau mana-mana bidang kuasa lain dalam perjuangan FIFA terhadap jualan tiket tidak sah."
Byrom berkata kerjasama dengan pihak berkuasa telah membawa kepada "beberapa tangkapan ulat tiket sebenar."
Ia adalah skandal terbaru melibatkan FIFA, yang sedang berhadapan dengan tuduhan bahawa pegawai-pegawai FIFA menerima rasuah dalam keputusan untuk menentukan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Penyiasat Brazil percaya Whelan memberi tiket VIP ke Fofana yang asalnya bertujuan untuk pertubuhan bukan kerajaan, penaja dan keluarga pemain.
Fofana menjualnya secara haram dengan bantuan agensi-agensi pelancongan dan kenalan yang tinggi dalam dunia bola sepak, penyiasat berkata.
Lebih kurang 1,000 tiket telah dijual untuk setiap permainan untuk kira-kira 1,000 euro ($1,360).
#FIFA #Match Services #Raymond Whelan #tiket haram
;