Polis jumpa senjata disyaki digunakan semasa serangan di Solingen dalam tong sampah

Bernama
Ogos 25, 2024 08:40 MYT
Polis telah menjumpai senjata yang disyaki digunakan dalam serangan maut di Bandar Solingen, barat Jerman dalam sebuah tong sampah di pusat bandar. - Gambar Reuters
COLOGNE: Polis telah menjumpai senjata yang disyaki digunakan dalam serangan maut di Bandar Solingen, barat Jerman dalam sebuah tong sampah di pusat bandar, menurut penyiasat pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Penemuan itu berlaku selepas tiga orang terbunuh dalam serangan pada lewat Jumaat malam semasa sebuah pesta bandar. Lapan orang cedera, lima daripadanya parah.
Bagaimanapun, penyerang masih bebas.
Polis mengesahkan pada Sabtu bahawa siasatan sedang dijalankan dan pencarian dilakukan di beberapa lokasi.
Polis juga mengesahkan bahawa seorang individu telah ditahan dan mereka sedang menyiasat sama ada terdapat sebarang kaitan dengan serangan itu.
Bagaimanapun, menurut penyiasat individu berkenaan bukanlah penyerang yang masih diburu. - BERNAMA
#serangan Solingen #senjata #senjata dalam tong sampah #polis jerman