Polis jalankan siasatan di kediaman Presiden Haiti

Astro Awani
Julai 8, 2021 08:26 MYT
Pihak penyiasat juga menjalankan kerja-kerja penyiasatan dengan menutup pintu masuk ke kediamannya. - Foto REUTERS/Estailove St-Val
PORT-AU-PRINCE: Anggota penyiasat polis mula melakukan siasatan di rumah Presiden Haiti, Jovenel Moie beberapa jam selepas beliau dibunuh.
Pihak polis dilaporkan turut menghalang kemasukan individu lain dan mengawal kawasan berdekatan.
Pihak penyiasat juga menjalankan kerja-kerja penyiasatan dengan menutup pintu masuk ke kediamannya.
Pembunuhanan Presiden itu menimbulkan lebih banyak kekacauan di negara Caribbean itu.
Pihak berkuasa juga dilaporkan menutup lapangan terbang antarabangsa.
BACA: Presiden Haiti mati dibunuh
Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam keras insiden pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moïse.
Dalam satu sidang di New York pada Rabu, jurucakap kepada Setiausaha Agung PBB, menyeru agar semua rakyat Haiti hidup berpaksi perlembagaan, tetap bersatu dan menolak kekerasan.
Moise memegang jawatan pada Februari 2017 bertekad untuk memperkuat institusi, memerangi rasuah dan membawa lebih banyak pelaburan dan peluang pekerjaan ke negara termiskin di hemisfera barat itu.
Namun pentadbirannya terganggu oleh tunjuk perasaan secara besar-besaran dan berpanjangan.
Ketidakstabilan politik dan ekonomi semakin meruncing dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
#Pembunuhan #presiden #Jovenel Moie #polis #siasatan
;