Polis Itali rampas artifak purba yang dicuri
Bernama
Mei 25, 2023 14:57 MYT
Mei 25, 2023 14:57 MYT
ROM: Pihak berkuasa Itali merampas ribuan artifak arkeologi dan mengeluarkan 21 waran tangkap ketika membongkar satu sindiket pencurian dan penyeludupan peninggalan purba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis Itali pada Khamis berkata rangkaian jenayah itu termasuk pencuri dan penyeludup tempatan dan antarabangsa dengan operasi mereka berpangkalan di selatan bandar Bari dan mempunyai cawangan di sekitar wilayah Puglia serta wilayah berhampiran, Campania dan Lazio.
Beribu-ribu artifak, termasuk syiling emas, perak dan gangsa purba serta seramik yang dikeluarkan dalam penggalian haram di kawasan itu telah dirampas.
Agensi berita ANSA melaporkan kira-kira 3,600 artifak bertarikh antara abad ke-1 dan ke-6 SM dirampas dan setiap artifak mempunyai nilai antara EUR10,000 dan EUR60,000 (US$10,750 dan AS$64,500).
-- BERNAMA