Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Astro Awani
Mei 18, 2024 07:00 MYT
Mei 18, 2024 07:00 MYT
TEL AVIV: Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaanPolis Israel bertindak melepaskan meriam air bagi meleraikan penunjuk perasaan antikerajaan yang menggesa pembebasan tebusan yang ditahan Hamas.
Peserta demonstrasi bertindak menghalang lebuh raya di Tel Aviv pada Sabtu sekali gus menyebabkan kesesakan luar biasa di bandar itu.
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu, serta gencatan senjata segera bagi membebaskan tebusan yang ditahan di Gaza sejak 7 Oktober.
Dalam serangan Hamas pada 7 Oktober, 1,200 orang mati di Israel dan 253 telah dijadikan tebusan, menurut data dikeluarkan Israel.
Dilaporkan kira-kira 125 orang masih ditahan di Gaza.
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober lalu, menurut angka dari Kementerian Kesihatan wilayah itu.
Manakala agensi bantuan kemanusiaan telah berulang kali memberi amaran tentang kebuluran yang semakin serius dan kekurangan bahan api serta bekalan perubatan.
Tentera Israel berkata 281 askar telah terbunuh dalam pertempuran sejak serangan darat pertama di Gaza pada 20 Oktober.