Polis Indonesia rampas dadah bernilai AS$82 juta, tahan 17 suspek

Astro Awani
April 30, 2021 11:11 MYT
Polis menunjukkan dadah methamphetamine yang dirampas dalam beberapa serbuan pada Rabu. - Foto AP/Achmad Ibrahim
Polis Indonesia percaya mereka telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 2.5 tan dadah jenis methamphetamine dalam beberapa serbuan di Aceh dan Jakarta.
Seorang suspek turut ditembak mati dalam operasi berkenaan manakala 17 individu lain ditahan termasuk seorang warganegera Nigeria.
Dadah berkenaan bernilai AS$82 juta dipercayai dibawa masuk dari Afghanistan, menurut laporan The Jakarta Post.
Indonesia sering dijadikan pusat persinggahan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Pada 2018, lebih tiga tan dadah jenis methamphetamine dari Taiwan dirampas dalam dua serbuan.
Awal bulan ini, 13 ahli sindiket dadah termasuk tiga warga Iran dan seorang warga Pakistan dihukum mati kerana menyeludup 400 kilogram dadah jenis methamphetamine ke Indonesia.
#Dadah #rampas #sindiket pengedaran dadah #Indonesia #methamphetamine
;