Polis Hong Kong tahan 8 anggota kumpulan samseng

Agensi
Oktober 4, 2014 00:37 MYT
Dalam kenyataannya hari ini, polis Hong Kong menafikan ia bekerjasama dengan kumpulan samseng terbabit. - Foto AFP
Polis Hong Kong awal hari ini mengumumkan telah menahan 8 orang dipercayai anggota kumpulan penjenayah di wilayah itu susulan insiden pertempuran antara penunjuk perasaan pro demokrasi dan anggota polis yang telah menyebabkan kecederaan.
Ini menjadikan jumlah mereka yang ditahan sehingga kini kepada 19 orang.
Penahanan juga susulan tindakan kumpulan penunjuk perasaan yang kebanyakkannya golongan pelajar membatalkan rundingan dengan kerajaan atas dakwaan pihak polis gagal menghalang tindakan anggota kumpulan penjenayah itu untuk menyerang mereka.
“Tiada pilihan lain, selain dari membatalkan rundingan,” kata jurucakap Kesatuan Pelajar Hong Kong, kumpulan utama penunjuk perasaan.
“Pihak kerajaan dan polis melelapkan mata terhadap tindakan ganas kumpulan samseng yang mensasarkan penunjuk perasaan,” tambah kumpulan itu lagi.
Bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini, polis Hong Kong menafikan ia bekerjasama dengan kumpulan samseng terbabit. Ia turut mengarahkan 12 orang disahkan cedera termasuk 6 anggota polis.
Penunjuk perasaan memberikan sehingga tempoh Khamis lalu untuk Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran Hong Kong, Leung Chun-ying untuk meletakkan jawatan dan mendesak Beijing agar calon penggantinya tidak ditapis oleh kerajaan pusat.
Leung bagaimanapun berkeras untuk tidak meletakkan jawatan dan telah mengarahkan timbalannya untuk berunding dengan penunjuk perasaan.
#Hong Kong #Leung Chun-ying #tunjuk perasaan