Polis buru suspek siar pembunuhan di Facebook

Agensi
April 17, 2017 13:47 MYT
Suspek bernama Steve Stephens dan akaun Facebooknya di nyahaktifkan pada lewat Ahad. - Foto REUTERS
Polis di Cleveland, Ohio memburu seorang suspek yang menembak seorang lelaki dan menyiarkannya secara langsung di Facebook.
Tambah polis, lelaki tersebut kemudiannya memuat naik video mendakwa dia telah membunuh beberapa individu lain.
Video tersebut kekal di Facebook selama tiga jam sebelum ia dipadamkan.
Suspek bernama Steve Stephens dan akaun Facebooknya di nyahaktifkan pada lewat Ahad.
Sehingga kini polis masih belum mengeluarkan maklumat berkenaan mangsa.
#cleveland #Facebook #Ohio #polis #siaran langsung #suspek tembak
;