Polis buru suspek rompak kedai Bulgari di Paris

Astro Awani
Mei 1, 2023 09:00 MYT
Anggota polis Perancis dilihat di hadapan kedai Bulgari di Paris. - Foto REUTERS
PARIS: Siasatan sedang giat dijalankan selepas sebuah kedai barangan kemas terkemuka di Paris, Perancis dirompak pada Sabtu.
Kedai Bulgari itu terletak di Place Vendome dan telah menjadi sasaran perompak sebelum ini.
Pada tahun 2021, kedai berkenaan kerugian kira-kira AS$13 juta (RM58 juta) selepas dirompak beberapa lelaki bersenjata.
Salah seorang suspek cedera ditembak anggota polis dan didakwa tidak lama kemudian.
#Bulgari #rompak #kedai barangan kemas #suspek
;