Polis Britain rayu maklumat berhubung bagasi biru muda pengebom Manchester

Agensi
Mei 29, 2017 23:43 MYT
polis mendedahkan gambar Abedi dengan sebuah bagasi berwarna biru, yang diambil beberapa hari sebelum serangan dilancarkan. - Greater Manchester Police handout via REUTERS
Polis Britain meminta orang ramai untuk tampil berkongsi maklumat mengenai pengebom bunuh diri Manchester Arena, Salman Abedi.
Terbaharu, polis mendedahkan gambar Abedi dengan sebuah bagasi berwarna biru, yang diambil beberapa hari sebelum serangan dilancarkan.
Orang ramai digesa melaporkan kepada polis sekiranya ternampak atau terjumpa bagasi tersebut.
LAPOR LANGSUNG: Letupan gegar konsert Ariana Grande
BACA: Polis Britain dedah foto penyerang Manchester Arena
Serangan pada 23 Mei itu membunuh 22 mangsa ketika konsert penyanyi Ariana Grande yang berlangsung di Manchester Arena.
Ketika ini, abang Abedi ditahan di UK sementara ayah dan adiknya ditahan di Libya.
Pihak risikan di Britain turut menyiasat bagaimana amaran daripada orang awam terhadap Abedi, yang menjurus kepada radikalisme, tidak diambil tindakan sebelum ini.
#Arena #Britain #bunuh #bunuh diri #konsert #Libya #MAnchester #mangsa #polis #serangan