Polis Britain menyifatkan kejadian sebagai insiden pengganas
Agensi
Mac 22, 2017 00:03 MYT
Mac 22, 2017 00:03 MYT
Polis Britain menyifatkan insiden tikaman di perkarangan bangunan parlimen itu sebagai serangan pengganas.
"Pegawai polis termasuk pihak bomba masih berada di lokasi kejadian dan kami menyifatkan serangan yang berlaku sebagai insiden pengganas, sehingga kami mendapat maklumat sebaliknya," kata polis dalam satu kenyataan.
Seorang penyerang dilaporkan di luar bangunan Parlimen oleh anggota polis bersenjata menurut jurucakap Dewan Rakyat Britain pada Rabu selepas beberapa tembakan kuat kedengaran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya sedozen orang awam di jambatan berdekatan.
Penyerang didakwa ditembak oleh polis bersenjata dan ambulans kini sudah berada di lokasi kejadian untuk menyelamatkan orang awam yang tercedera.
Perdana Menteri Britain, Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen dilaporkan berada dalam keadaan selamat.