Anggota polis Brazil pada Rabu telah menuntut faedah lebih baik serta kenaikan gaji dengan melancarkan mogok, tatkala hanya tinggal 37 hari sebelum negara itu menjadi tuan rumah Piala Dunia, lapor AFP.
Menurut AFP, anggota-anggota polis itu turut merancang mengadakan mogok lagi apabila kejohanan itu berlangsung.
Polis persekutuan melancarkan mogok di beberapa bandar yang menjadi lokasi perlawanan Piala Dunia.
Rio yang mengendalikan tujuh perlawanan termasuk final pada 13 Julai, mengadakan bantahan secara aman sebaik jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mengumumkan skuad kebangsaan Brazil.
Di ibu negara pula, iaitu Brasilia, yang turut menjadi gelanggang perlawanan menyaksikan polis mengelilingi ibu pejabat dan menyekat rakan sekerja daripada masuk.
Mereka juga melancarkan mogok di beberapa bandar wilayah termasuk Fortaleza , Natal dan Porto Alegre - yang kesemuanya tuan rumah Piala Dunia.
"Ini adalah mogok 24 jam yang telah disokong," kata ketua kesatuan polis persekutuan, Andre VAX de Mello kepada AFP.
"Kami telah menyediakan perkhidmatan minimum untuk orang ramai, terutamanya di lapangan terbang, tetapi kita akan berhenti semasa Piala Dunia jika kerajaan tidak memberikan respon yang memuaskan, " tegasnya.
Menurut de Mello, daripada 13,000 polis persekutuan yang bekerja di seluruh negara "250 cuti setiap tahun untuk mengambil peperiksaan bagi memasuki pekerjaan sektor awam lain yang menawarkan bayaran lebih baik."
Polis dibayar antara 7,500 dan 12,800 reais (RM10,400 hingga RM18,850) sebulan sebelum potongan cukai dan caruman keselamatan sosial.
Di Terezina, ibu negeri timur laut Piaui, pemogok berkumpul di luar ibu pejabat mereka, mata bertopeng sebagai tanda simbolik protes tentang apa yang mereka sifatkan sebagai ketidakupayaan pihak berkuasa memperbaiki keadaan mereka.
Bulan lepas, tentera terpaksa membuat rondaan di jalan-jalan di Salvador de Bahia selepas gelombang penjarahan dan pembunuhan meletus di tengah-tengah serangan polis di bandar tuan rumah Piala Dunia itu.
Haider Yutim, AFP
Thu May 08 2014

Mogok polis. Foto AP
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).

Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya tidak kecewa dan terus usaha.

Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.