Polis Australia tahan ibu kepada kanak-kanak yang ditemui dibunuh beramai-ramai

AFP
Disember 20, 2014 08:02 MYT
Pembunuhan itu telah menggemparkan rakyat negara itu yang baru sahaja dikejutkan dengan insiden serangan di sebuah kafe di Sydney Isnin lalu yang meragut nyawa dua tebusan. - EPA/CLEO FRASER AUSTRALIA AND NEW ZEALAND OUT
Polis Australia bertindak menahan ibu kepada tujuh daripada lapan kanak-kanak yang mayat mereka ditemui di sebuah rumah di bandar Cairns, Queensland pada Jumaat.
“Wanita berusia 37 tahun, ibu kepada beberapa kanak-kanak yang terbabit dalam insiden itu telah ditahan malam tadi dan ketika ini di bawah pengawasan pihak polis di hospital Cairns Base,” kata pegawai polis Bruno Asnicar yang memberitahu wartawan.
Dia bagaimanapun belum didakwa atas sebarang kesalahan.
Menurut polis, wanita terbabit memberikan kerjasama dalam siasatan.
“Dia stabil dan dalam penjagaan kami,” kata Asnicar lagi.
Menurut polis, pihaknya menerima panggilan pada Jumaat dan menemui mayat lapan kanak-kanak terbabit yang dalam lingkungan 18 bulan sehingga 15 tahun.
Sehingga Sabtu, pasukan forensik polis masih menjalankan pemeriksaan terhadap rumah terbabit selepas mayat-mayat yang ditemui dibawa keluar. Wanita terbabit turut mengalami kecederaan dipercayai kesan dari tikaman. Dia ditemui di rumah terbabit.
"Dia stabil dan dalam penjagaan kami,” kata Asnicar lagi.
Asnicar berkata adalah terlalu awal untuk mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak terbabit meskipun terdapat laporan mengatakan mereka ditikam sehingga mati.
“Autopsi akan dilakukan hari ini. Hanya selepas itu kami dapat memberikan komen lanjut," kata Asnicar.
Pembunuhan itu telah menggemparkan rakyat negara itu yang baru sahaja dikejutkan dengan insiden serangan di sebuah kafe di Sydney Isnin lalu yang meragut nyawa dua tebusan.
Tragedi terbaru ini hanya diketahui selepas anak lelaki wanita itu yang berusia 20 tahun tiba di rumah terbabit pada pagi Jumaat.
“Ini sesuatu yang tidak kita semua tidak jangkakan,” kata Asnicar.
“Sesungguhnya satu insiden yang tragik.”
#Australia #bunuh #cairns #Queensland #tikam
;