Polis Australia rampas 330 kilogram syabu
Agensi
Februari 19, 2018 12:27 MYT
Februari 19, 2018 12:27 MYT
Polis Australia berjaya merampas 330 kilogram dadah jenis methamphetamine dan menahan tiga individu pada Isnin.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Australia Neil Gaughan ia merupakan rampasan terbesar setakat ini membabitkan dadah jenis tersebut di negara itu dengan anggaran nilai pasaran semasa mencecah AS$214 juta.
Menurut laporan, dadah berkenaan disembunyikan dalam kren kapal kargo yang sedang menuju masuk ke selatan negara itu.
Ketiga-tiga suspek berusia 45 hingga 64 tahun dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide hari ini.
Bagaimanapun pihak polis masih menyiasat dari mana sebenarnya dadah berkenaan di bawah namun mereka percaya kemungkinan besar ia dari Asia Tenggara