Poland: Lima terbunuh pesawat ringan langgar hangar

Bernama
Julai 18, 2023 10:11 MYT
Ekor pesawat Cessna 208 kelihatan di hangar selepas ia terhempas ketika membuat pendaratan sewaktu cuaca buruk, di sebuah pusat penerjunan udara di Chrcynno, Poland, 17 Julai 2023. (Foto AP)
WARSAW: Lima orang terbunuh dan lima lagi cedera selepas sebuah pesawat Cessna melanggar hangar lapangan terbang di Poland pada Isnin, lapor Xinhua.
Ketua Komandan Perkhidmatan Bomba Poland, Andrzej Bartkowiak, menerusi media sosial mengesahkan pesawat itu "melanggar hangar tempat orang berteduh," di bandar Chrcynno.
Beliau berkata pesawat itu mendarat ketika cuaca buruk yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.
Seorang juruterbang meninggal dunia, seorang lagi cedera, manakala juruterbang ketiga selamat, lapor Agensi Akhbar Poland memetik Monika Nowakowska-Brynda dari Perkhidmatan Bomba Negeri.
Mangsa lain terdiri mereka yang berlindung di hangar itu, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
#pesawat langgar hangar #cuaca buruk #lapangan terbang #poland
;