Poland akan adakan pilihan raya Parlimen pada 15 Oktober

Bernama
Ogos 9, 2023 09:45 MYT
Penduduk mengadakan perarakan anti-kerajaan diketuai ketua pembangkang Donald Tusk yang mengkritik kerajaan tidak menghormati proses demokrasi, di Warsaw, Poland, 4 Jun 2023. - Gambar fail AP
WARSAW: Poland akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada 15 Oktober, lapor Xinhua, memetik kenyataan Presiden Andrzej Duda pada Selasa.
"Berdasarkan respons positif Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan yang baharu diterima mengenai tarikh cadangan pilihan raya untuk Sejm dan Senat, saya memutuskan agar pilihan raya diadakan pada 15 Oktober 2023.
"Masa depan Poland adalah menjadi tanggungjawab setiap daripada kita! Gunakan hak kamu!" menurut kenyataan Duda di X (Twitter).
Sejm dan Senat masing-masing ialah dewan rakyat dan dewan negara parlimen Poland.
Pada pilihan raya tahun ini, rakyat Poland perlu memilih 460 Ahli Parlimen dan 100 senator untuk tempoh empat tahun.
--BERNAMA-XINHUA
#poland #Pilihan Raya Parlimen #Andrzej Duda #ahli Parlimen
;