PM Yaman letak jawatan, gelar Presiden 'autokratik'

AFP
September 21, 2014 23:36 MYT
Mohamed Basindawa (gambar) meletak jawatan dan menuduh Presiden Yaman sebagai "autokratik".
Perdana Menteri Yaman Mohamed Basindawa meletak jawatan dan menuduh Presiden negara itu sebagai "autokratik" ketika pemberontak Syiah merampas ibu pejabat kerajaan di ibu negara pada Ahad.
Puak pemberontak, yang terlibat dalam pertempuran sengit selama berhari-hari dengan pejuang Sunni dan pihak tentera, juga telah mengambil alih stesen radio negeri, para pegawai memaklumkan.
Jurucakap kumpulan pemberontak, Mohammed Abdulsalam, mengesahkan di laman Facebooknya bahawa kompleks kerajaan telah diambil alih dan Perdana Menteri telah meletak jawatan.
#letak jawatan #Mohamed Basindawa #Perdana Menteri #Yaman
;