PM UK: Sunak, Truss calon terakhir ganti Boris Johnson
Astro Awani
Julai 21, 2022 10:30 MYT
Julai 21, 2022 10:30 MYT
LONDON: Bekas Ketua Perbendaharaan, Rishi Sunak dan Setiausaha Luar Liz Truss menjadi dua calon terakhir bagi menggantikan Boris Johnson sebagai pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri.
Sunak dan Truss menduduki tempat pertama dan kedua dalam pusingan rundingan yang dijalankan pada Rabu.
"Keputusan pengundian adalah seperti berikut. Sejumlah 357 undian dibuat daripada 358. Dua kertas undi rosak.
"Bilangan undi diterima oleh calon-calon adalah seperti berikut: Mordaunt - 105, Sunak - 137, Truss - 113.
"Sehubungan itu, Rishi Sunak dan Liz Truss akan menjadi calon akhir untuk undian.
"Undian akan ditutup pada 2 September dan saya akan umumkan keputusannya pada Isnin, 5 September," kata Ketua Jawatankuasa 1922 Graham Brady.
Setakat ini, Sunak mendahului setiap pusingan undian kalangan Ahli Parlimen Konservatif. Namun Truss ada kelebihan dalam kalangan 200,000 anggota parti.
Perdana Menteri baharu akan mewarisi beberapa cabaran utama dalam masa berdekad lamanya.
Inflasi kini merekod kadar tertinggi 11 peratus setahun dengan pertumbuhan pegun, dan kejatuhan nilai matawang pound sterling.
Persaingan bagi jawatan Perdana Menteri sebelum ini menyenaraikan 11 calon.