PM UK Rishi Sunak mohon maaf tak pakai tali pinggang keledar

Bernama
Januari 20, 2023 15:03 MYT
Sunak menanggalkan tali pinggang keledarnya untuk merakam video.- REUTERS
ISTANBUL: Perdana Menteri United Kingdom (UK) Rishi Sunak mengaku melanggar undang-undang kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa merakam video di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta yang sedang bergerak, lapor Agensi Anadolu.
Sunak menanggalkan tali pinggang keledarnya untuk merakam video, menurut Downing Street.
"Itu adalah kesilapan spontan," kata jurucakap perdana menteri kepada akhbar Guardian.
Perdana menteri mengaku kesilapannya serta memohon maaf dan beliau mengakui bahawa semua orang wajib memakai tali pinggang keledar, kata jurucakap itu.
Video itu yang disiarkan di akaun Instagram Sunak sudah pun dipadamkan.
Sesiapa yang memandu atau menaiki kenderaan tanpa memakai tali pinggang keledar melanggar undang-undang dan mungkin berdepan denda sehingga GBP500 (AS$619), menurut kempen keselamatan kerajaan Sunak.
-- BERNAMA
#perdana menteri United Kingdom #Rishi Sunak #tali pinggang keledar #rakam video
;