PM UK baharu: Boris Johnson bakal bertemu Ratu Elizabeth II
Astro Awani
Julai 24, 2019 22:33 MYT
Julai 24, 2019 22:33 MYT
Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk pemimpin Parti Konservatif Boris Johnson merealisasikan impian seumur hidupnya.
Johnson dijangka bertemu Ratu Elizabeth II untuk dilantik sebagai Perdana Menteri United Kingdom bagi membentuk kerajaan baharu.
Selepas pertemuan singkatnya dengan Ratu Elizabeth II, Johnson akan menuju ke Downing Street di mana perdana menteri baharu itu dijadual memberi ucapan sulung di luar pintu hitam nombor 10.
Terdahulu, perdana menteri Theresa May memberikan ucapan terakhir sebagai pemimpin negara itu sebelum menuju ke Istana Buckingham untuk memaklumkan kepada Ratu Elizabeth II berhubung peletakan jawatannya sebagai PM.