PM Trudeau arah 'objek' tidak dikenali ditembak

Bernama
Februari 12, 2023 10:53 MYT
Trudeau berkata beliau menghubungi Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengenai tindakan itu. - Foto AP
TRENTON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengarahkan sebuah jet pejuang menembak jatuh objek tidak dikenal pasti yang berada di ruang udara Kanada pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara (NORAD) - komando bersama Amerika-Kanada yang ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Amerika Utara, melancarkan sebuah jet pada sebelah petang.
"Saya mengarahkan supaya objek tidak dikenali yang memasuki ruang udara Kanada ditembak," menurut ciapan Trudeau.
Belon Pengintip | Amerika senarai hitam enam syarikat, entiti China
@NORADCommand berjaya menembak jatuh objek berkenaan di Yukon.

I ordered the take down of an unidentified object that violated Canadian airspace. @NORADCommand shot down the object over the Yukon. Canadian and U.S. aircraft were scrambled, and a U.S. F-22 successfully fired at the object.

— Justin Trudeau (@JustinTrudeau) February 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Trudeau berkata beliau menghubungi Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengenai tindakan itu.
"Saya bercakap dengan Presiden Biden petang ini. Pasukan Kanada kini akan mendapatkan serpihan objek itu dan menganalisisnya," kata Trudeau.
Insiden itu menandakan objek ketiga yang ditembak jatuh di atas ruang udara Amerika Utara dalam tempoh tujuh hari lalu.
-- BERNAMA
#Justin Trudeau #objek tidak dikenal pasti #tembah jatuh #ruang udara Kanada
;