PM Thailand disahkan positif COVID-19

Bernama
Jun 16, 2024 00:52 MYT
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti sakit disebabkan diagnosis itu.
"Saya berasa tidak sihat sejak minggu lepas dan mengalami demam ringan, jadi saya memutuskan untuk menjalani ujian demi ketenangan fikiran. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan sekerja dan pelanggan yang telah berhubung rapat dengan saya baru-baru ini," katanya di sini pada Ahad.
Srettha memberi jaminan bahawa beliau akan pulih dan kembali bekerja secepat mungkin.
Menurut akaun X beliau, Srettha telah melawat Hua Hin, termasuk stesen kereta api dan lapangan terbangnya, pada hujung minggu.
-- BERNAMA
#PM thailand #Srettha Thavisin #positif COVID-19 #demam
;