PM Singapura timbang adakan pilihanraya kecil

Astro Awani
Disember 13, 2012 08:14 MYT
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mempertimbangkan untuk megadakan pilihanraya kecil di kawasan Punggol Timur susulan perletakan jawatan Speaker Parlimen Michael Palmer yang juga ahli Parlimen kawasan itu.
Rabu lalu, Palmer, 44, yang telah berkhawin meletak jawatan setelah mengaku mengadakan hubungan sulit dengan seorang anggota Lembaga Keharmonian Rakyat, People’s Association.
Ia merupakan skandal berprofil tinggi terbaru di Singapura selepas Ketua Jabatan Narkotik dibicarakan meminta habuan seks daripada seorang kontraktor.
Dalam satu kenyataan, Lee menegaskan keputusan mengenai perkara itu akan dilakukan sebaik mungkin mengambil kira kepentingan penduduk di situ dan Singapura secara keseluruhannya.
Beberapa pihak sebelum ini menggesa Lee megadakan pilihanraya kecil di situ dengan segera.
Bagaimanapun, Perlembagaan Singapura menetapkan Perdana Menteri tidak perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh tertentu.
#Lee Hsien Loong #Michael Palmer #Punggol Timur
;