PM Singapura selamat jalani pembedahan buang kelenjar prostat

Bernama
Februari 16, 2015 15:28 MYT
Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang dikesan menghidap kanser prostat, hari ini selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar prostat. -Gambar fail
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang dikesan menghidap kanser prostat, hari ini selamat menjalani pembedahan membuang kelenjar prostat.
Menurut kenyataan dikeluarkan PMO, Prof Christopher Cheng, pakar urologi terkemuka Hospital Besar Singapura yang melakukan pembedahan itu berkata: "Pembedahan berjalan sangat lancar, dan beliau dijangka pulih sepenuhnya."
Prof Cheng mengesahkan tiada sebarang hubungan antara limfoma sebelum ini dan kanser prostat sekarang.
Dalam pada itu, Lee menyatakan penghargaan terhadap ucap selamat yang diterima beliau daripada pelbagai pihak.
#Christopher Cheng #kanser prostat #Lee Hsien Loong #Pembedahan #Perdana Menteri Singapura
;