PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan

Bernama
Mei 13, 2024 21:13 MYT
Dalam surat tersebut, Lee menasihati presiden untuk melantik Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya. - Gambar fail/FB Lee Hsien Loong
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam, memaklumkan beliau dan kerajaannya akan melepaskan tampuk kepimpinan pada Rabu, lapor Xinhua.
Dalam surat tersebut, Lee menasihati presiden untuk melantik Lawrence Wong bagi membentuk kerajaan seterusnya.
Tharman menerima peletakan jawatan Lee dan berkata beliau akan melantik Wong sebagai perdana menteri dan menjemputnya membentuk kerajaan baharu.
Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan menggalas jawatan timbalan perdana menteri dalam kerajaan baharu, umum Wong pada sidang media.
Gan akan kekal sebagai menteri perdagangan dan perusahaan dan menggantikan Wong sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura.
Lee dan Teo Chee Hean akan menjadi menteri kanan dalam Kabinet baharu, kata Wong yang turut mengekalkan portfolionya sebagai menteri kewangan.
-- BERNAMA
#Menteri Kanan #Kabinet Baharu #peletakan jawatan #tampuk kepimpinan
;