PM Serbia bakal teruskan hasrat sertai Kesatuan Eropah

Agensi
Mei 1, 2016 13:20 MYT
Tunjuk perasaan pada Sabtu itu mendakwa berlakunya banyak penyelewengan semasa pengundian termasuk ugutan dan rasuah kepada pengundi. - Foto AFP / ALEXA STANKOVIC
Ribuan penyokong parti pembangkang Serbia mengadakan tunjuk perasaan di hadapan bangunan suruhanjaya pilihan raya negara itu di Belgrade.
Tunjuk perasaan pada Sabtu itu mendakwa berlakunya banyak penyelewengan semasa pengundian termasuk ugutan dan rasuah kepada pengundi.
Parti Progresif pimpinan perdana menteri Aleksandar Vucic memenangi pilihan raya umum minggu lalu dengan jumlah undi yang besar.
Namun meminta agar pengiraan semula diadakan kerana terdapat beberapa kerusi Parlimen dimenangi wakil pembangkang.
Minggu lalu, Parti Progresif memenangi 48 peratus kerusi di Parlimen tetapi jumlah itu lebih kecil berbanding yang diperolehinya pada 2014 dengan kelebihan 27 kerusi.
Parti pembangkang sebelum ini menyatakan pendirian untuk tidak menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan mahu kekal dengan hubungan dua hala dengan Russia.
Namun, ia bertentangan dengan hasrat Vucic yang mahukan Serbia melangkah ke hadapan dengan menyertai EU dan mengurangkan hubungan ekonomi dengan Russia.
#Aleksandar Vucic #Belgrade #Kesatuan Eropah #Serbia #tunjuk perasaan
;