PM Papua New Guinea letak jawatan

Agensi
Mei 26, 2019 22:03 MYT
O'neill yang memimpin negara sejak 2011, menyerahkan tugasnya kepada Julius Chan yang dua kali menjadi perdana menteri. - Gambar fail/AP
Perdana Menteri Papua New Guinea Peter O'Neill mengumumkan peletakan jawatan selepas tujuh tahun memerintah.
Beliau membuat kenyataan itu pada Ahad susulan pembelotan politik berprofil tinggi yang mengancam kepimpinannya.
Media tempatan melaporkan, O'neill yang memimpin negara sejak 2011, menyerahkan tugasnya kepada Julius Chan yang dua kali menjadi perdana menteri.
Kata O'neill, adalah penting untuk mengekalkan kestabilan tertentu dan pihaknya bersetuju untuk menukar kerajaan.
Sementara itu, Julius Chan pula berkata, peralihan itu untuk memastikan kestabilan di negara Pasifik.
O'neill, 54, terselamat daripada undi tidak percaya pada awal bulan ini, tetapi mengalami tekanan selepas menandatangani perjanjian berbilion dolar untuk projek gas asli cecair (LNG) dengan syarikat Perancis, Total dan firma Amerika Syarikat ExxonMobil sebelum ini.
#ExxonMobil #Julius Chan #letak jawatan #Papua New Guinea #Perdana Menteri #Peter O'Neill #PM Papua New Guinea #Total
;