PM Palestin harap gencatan senjata segera di Gaza
Astro Awani
Jun 3, 2024 07:15 MYT
Jun 3, 2024 07:15 MYT
AMMAN: Perdana Menteri Palestin berharap inisiatif terbaharu diumumkan akan membuka laluan kepada gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Mohammad Mustafa sifatkan situasi di Gaza ketika ini sebagai bencana kemanusiaan.
Kenyataan ini dibuat ketika pertemuan dengan rakan sejawatan dari Jordan, Bisher Al Khasawneh.
"Insya-Allah rundingan ini akan menjadi permulaan fasa baharu untuk membaik pulih situasi di lapangan. Pertama, menerusi gencatan senjata di Semenanjung Gaza, kerana pertumpahan darah berterusan, setiap hari.
"Isu kemanusiaan adalah satu bencana. Kita tidak pernah mengalami situasi seperti ini sejak Perang Dunia Kedua, pembunuhan besar-besaran berlaku. Adalah sangat mengecewakan untuk melihat tempoh lama diambil sebelum gencatan senjata dikuatkuasa.
"Kami berharap inisiatif terbaharu yang diumumkan akan menjadi asas kepada gencatan senjata segera, kerana apa yang berlaku adalah benar-benar bencana kemanusiaan," katanya.
Bisher turut mengeluarkan kenyataan senada dengan Mohammad.
"Kita mesti kekal fokus terhadap pencerobohan Israel di Tebung Barat adalah satu bentuk pembunuhan sistematik dan mencabuli semua undang-undang antarabangsa, sistem hak asasi, malah standard moral, terhadap penduduk kita di Semenanjung Gaza," katanya.
Kedua-dua negara memeterai 14 perjanjian dan memorandum persefahaman untuk meningkatkan hubungan dua hala.