PM Pakistan Imran Khan negatif COVID-19

Astro Awani
April 22, 2020 05:47 MYT
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan disahkan negatif jangkitan COVID-19. -Gambar fail
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan disahkan negatif jangkitan COVID-19.
Perkara ini diumumkan penasihat kesihatannya Dr Zafar Mirza di akaun Twitter pada Rabu.
"Perdana Menteri Imran Khan jalani ujian SARS-CoV-2 hari ini.
"Dengan rasa sukacita saya umumkan ujian (COVID-19) beliau adalah negatif."

Prime Minister Imran Khan was tested today for SARS-CoV-2 (the virus strain that causes coronavirus disease 2019 [COVID-19]. The test used was a polymerase chain reaction (PCR). I am happy to report that his test is NEGATIVE. <289>

— Zafar Mirza (@zfrmrza) April 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan menjalankan ujian ke atas Imran Khan dibuat selepas dermawan ternama negara itu Faisal Edhi mengumumkan beliau positif koronavirus tersebut.
Imran Khan dan Faisal Edhi dilapor pernah mengadakan pertemuan enam hari lalu.
Menurut Kementerian Kesihatan Pakistan, jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara itu kini 10,076.
#COVID-19 #Imran Khan #jangkitan virus #Kementerian Kesihatan #koronavirus #Pakistan #perdana menteri pakistan #SARS-COV-2
;