PM Norway Erna Solberg letak jawatan

Bernama
Oktober 13, 2021 14:44 MYT
Erna menjadi Perdana Menteri Norway selama lapan tahun. - Gambar fail/REUTERS
COPENHAGEN: Perdana Menteri Norway Erna Solberg menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam satu pertemuan di Istana Kerajaan pada Selasa.
"Raja Harald V menerima surat peletakan jawatan saya dan meminta saya untuk meneruskan tugas sementera kerajaan baharu dibentuk," kata Solberg dalam satu sidang media selepas pertemuan itu, lapor Xinhua.
Beliau menjadi Perdana Menteri selama lapan tahun.
Raja Harald V kemudian menugaskan pemimpin Parti Buruh, Jonas Gahr Store untuk membentuk kerajaan baharu.
Pengunduran Solberg ekoran kekalahan Parti Konservatif pimpinannya dalam pilihan raya parlimen pada 13 Sept lepas. Parti itu ditewaskan oleh parti gabungan yang diterajui Store.
-- BERNAMA
#Erna Solberg #Perdana Menteri Norway #letak jawatan #kalah pilihan raya
;