PM Nepal hilang majoriti sokongan dalam Parlimen

Bernama
Julai 12, 2024 16:05 MYT
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat. - Foto REUTERS
KATHMANDU: Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi percaya di Parlimen pada Jumaat.
Dahal hanya memperoleh sokongan 63 Ahli Parlimen, kurang daripada 138 undi yang diperlukan di Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 anggota, lapor Xinhua.
Ini adalah kali kelima perdana menteri mengadakan undi percaya sejak beliau menjadi ketua kerajaan campuran pada akhir Disember 2022.
Sebagai pengerusi Parti Komunis Nepal (Pusat Maois), Dahal menolak gesaan untuk meletak jawatan sebaliknya meminta undi percaya sekali lagi diadakan di dewan perwakilan selepas Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan campurannya pada 3 Julai.
-- BERNAMA
#PM Nepal #Pushpa Kamal Dahal #hilang majoriti sokongan #undi percaya