PM Najib ucap tahniah kepada Macron

Agensi
Mei 8, 2017 11:16 MYT
Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.- Foto Reuters
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atas kemenangan beliau dalam pemilihan presiden Perancis pada Ahad.
"Tahniah kepada presiden pilihan @EmmanuelMacron. Mengharapkan hubungan dua hala yang lebih kukuh antara kedua-dua negara," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.
Menurut Reuters, Macron dipilih sebagai Presiden Perancis pada Ahad membawa visi mesra perniagaan untuk integrasi Eropah, mengalahkan Marine Le Pen, nasionalis yang mengancam menarik keluar Perancis daripada Kesatuan Eropah.

Congratulations to President-elect @EmmanuelMacron. Looking forward to stronger bilateral relations between our two countries.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 8, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan, Macron, 39, memperolehi lebih 65 peratus undi, berbanding 34 peratus undi yang diterima pencabar Le Pen, untuk tampil menjadi presiden termuda negara itu.
#Emmanuel Macron #Najib Razak #presiden #Presiden Perancis #Twitter
;