PM Najib sertai mesyuarat meja bulat forum 'Belt and Road'

Astro Awani
Mei 15, 2017 15:44 MYT
Mesyuarat hari ini berlangsung di Tasik Yanqi dan dipengerusikan Presiden China Xi Jinping. -Twitter/Najib Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai Forum 'Belt and Road' (Jalur dan Laluan) untuk Kerjasama Antarabangsa di Beijing.
Memetik laporan Bernama, ia disertai oleh pemimpin negara dan kerajaan dari 28 buah negara yang terlibat dalam Inisiatif ‘Belt and Road’, sebuah gagasan yang bertujuan menyediakan infrastruktur mega untuk dagangan antarabangsa.
Najib turut memuat naik beberapa gambar, termasuk bersama Presiden China Xi Jinping dan beberapa pemimpin lain.

I have the pleasure of sitting next to President Xi during lunch attended by more than 30 world leaders pic.twitter.com/x1blmNQg1M

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bersama PM Pakistan Nawaz Sharif dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan sebelum sesi roundtable #BeltandRoad Forum bermula. pic.twitter.com/lndheSmDcC

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 15, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mesyuarat hari ini berlangsung di Tasik Yanqi.
Persidangan 'One Belt, One Road' itu dijangka dapat meningkatkan nilai kepentingan dalam sebahagian daripada 14 perjanjian antara Malaysia dan China yang bernilai RM144 bilion.
Dalam perkembangan lain, Xi dijangka akan mengunjungi negara ini pada Ogos.
Kunjungan Xi ke Kuala Lumpur tentunya akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan dua negara.
#Najib Razak #One Belt On Road Forum #Xi Jinping
;