PM Mesir kaji cadangan bubarkan Ikhwanul Muslimin

Astro Awani
Ogos 18, 2013 01:07 MYT
Perdana Menteri Mesir, Hazem El Beblawi menerima cadangan dan sedang mengkaji kemungkinan untuk membubarkan pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Ia disyorkan pada Jumaat lalu, selepas keganaasan tunjuk perasaan berulang.
Bagi tujuan berkenaan, Beblawi akan membawanya kepada Kementeria Hal Ehwal Masyarakat yang bertanggungjawab menggeluarkan lesen kepada pertubuhan bukan kerajaan.
Menurut jurucakapnya, cadangan itu telahpun diteliti.
Sebelum ini, pada 1954, Ikhwanul Muslimin pernah dibubar oleh pemerintah tentera pada 1954.
Bagaimanapun pada Mac lalu ia mendaftar sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan berjaya mendapat hak itu selepas dibawa ke mahkamah.
Ia ditubuhkan pada 1928 dan mempunyai sayap politiknya, iaitu Parti Keadilan dan Kebebasan yang ditubuhkan pada 2011 selepas kepimpinan bekas Presiden, Hosni Mubarak berjaya ditumbangkan.
#bubar #hazem el beblawi #Ikhwanul Muslimin #Mesir