PM Kishida lawat kawasan terjejas gempa bumi

Bernama
Januari 15, 2024 11:58 MYT
Kishida (dua, kanan) bertemu mangsa di pusat pemindahan di Wajima, wilayah Ishikawa, Ahad, 14 Januari 2024. -AP
WAJIMA: Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Ahad melawat wilayah Ishikawa yang dilanda bencana gempa bumi baru-baru ini.
Lawatan itu yang pertama beliau ke kawasan terjejas akibat gempa bumi sejak menerajui pentadbiran negara.
Pada tahun baharu yang lalu wilayah yang terletak di tengah Jepun itu dilanda gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter, menyebabkan 220 nyawa terkorban dan 23 lagi masih hilang setakat ini, lapor Jiji Press.
Bercakap kepada penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan, Kishida berikrar kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk mengambil langkah yang sewajarnya dan berharap semua mangsa bersabar dan tabah dalam mengharungi situasi sukar itu.
Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada anggota Angkatan Pertahanan Udara (SDF) atas jasa dan pengorbanan dalam membantu mangsa yang terjejas.
Turut sama dalam lawatan itu, Menteri Pengurusan Bencana Yoshifumi Matsumura dan Gabenor Ishikawa Hiroshi Hase.
Lawatan itu pada awalnya dirancang pada Sabtu tetapi ditangguhkan kerana masalah cuaca.
-- BERNAMA
#Fumio Kishida #gempa bumi #Ishikawa #pusat pemindahan
;