PM Kemboja positif COVID-19 selepas anjur Sidang Kemuncak ASEAN

Astro Awani
November 15, 2022 10:45 MYT
Hun Sen (tengah) bersama beberapa pemimpin dunia ketika Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh. - Foto AP
NUSA DUA: Perdana Menteri Kemboja Hun Sen memaklumkan dirinya positif COVID-19 pada mesyuarat Kumpulan G20 di Bali, hanya beberapa hari selepas menjadi tuan rumah kepada pemimpin dunia, termasuk Presiden Joe Biden bagi Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh.
Mengumumkan perkara itu di laman Facebooknya, pemimpin Kemboja itu berkata bahawa dia telah diuji positif pada malam Isnin dan ujian itu telah disahkan oleh pasukan perubatan Indonesia.
Katanya, beliau akan kembali ke Kemboja dan membatalkan mesyuaratnya di G20 serta forum ekonomi APEC di Bangkok.
Kemboja menjadi tuan rumah sidang kemuncak Negara-negara Asia Tenggara yang berakhir pada Ahad, dan ketika itu Hun Sen bertemu dengan ramai pemimpin dunia.
Selain Biden, antara pemimpin dunia yang ditemui Hun Sen adalah Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Perdana Menteri China Li Keqiang,
#ASEAN #COVID-19 #Perdana Menteri Kemboja #Hun Sen
;