PM Jordan akan serah jawatan selesai pilihan raya

Bernama
Januari 23, 2013 16:18 MYT
Perdana Menteri Jordan, Abdullah Ensour akan menyerahkan surat peletakan jawatannya selepas selesai pilihan raya.
Rakyat Jordan mula mengundi pada Rabu bagi memilih ahli parlimen mereka.
Dalam satu sidang media pada Rabu, Abdullah berkata beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada Raja Abdullah II sejurus selepas pengundian selesai.
Seramai 2.3 juta daripada 3 juta rakyat Jordan layak mengundi.
#Abdullah Ensour #Jordan #Perdana Menteri