PM Jepun Yoshihide Suga bakal letak jawatan

Agensi
September 3, 2021 13:12 MYT
Yoshihide Suga bakal melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Jepun hujung bulan ini. - Gambar fail AP
TOKYO: Yoshihide Suga bakal melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Jepun hujung bulan ini.
Suga juga dilaporkan tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai ketua parti LDP sekali gus akan membuka ruang kepada pemimpin lain untuk mengambil alih.
Pemilihan pemimpin parti LDP dijadualkan berlangsung pada 29 September ini yang sekali gus akan membuka ruang kepada pemenang dilantik sebagai Perdana Menteri.
Suga yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sejak setahun lalu berhadapan dengan defisit kepercayaan sehingga sokongan rakyat kepadanya menurun di bawah 30 peratus ketika Jepun sedang bergelut dengan peningkatan kes COVID-19.
Pemimpin berusia 72 tahun itu mengambil alih kepimpinan Jepun selepas Shinzo Abe membuat keputusan mengundurkan diri pada September 2020 berikutan masalah kesihatan.
Media antarabangsa melaporkan, Suga juga sebelum ini bercadang untuk merombak Kabinetnya dan barisan eksekutif parti, namun, perancangan beliau gagal dilaksanakan.
Sementara itu, bekas Menteri Luar Negara Jepun, Fumio Kishida disebut-sebut bakal bertanding merebut jawatan pemimpin parti LDP.
#PM Jepun #Yoshihide Suga #bakal letak jawatan #parti LDP
;