PM Jepun tersinggung pencuci mulut hidang dalam kasut
Sinar Harian
Mei 9, 2018 06:28 MYT
Mei 9, 2018 06:28 MYT
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mendakwa hidangan pencuci mulut yang dihidangkan dalam kasut ketika makan bersama rakan sejawatannya di Israel, Benjamin Netanyahu sebagai satu perbuatan tidak patut.
Diplomat Jepun yang enggan identitinya didedahkan berkata, pemimpin itu bersama isterinya, Akie Abe berpendapat tindakan menghidangkan kasut di atas meja makan seperti tidak menghormati mereka ketika hari terakhir lawatan mereka di wilayah Palestin pada 2 Mei lalu.
“Tidak ada budaya di dunia yang meletakkan kasut di atas meja. Apa yang difikirkan chef itu? Jika ia satu bentuk gurauan, kami tidak rasa ia satu perkara yang kelakar. Kami berasa tersinggung bagi pihak perdana menteri kami,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Luar Israel memaklumkan mereka tidak terlibat dengan ‘idea’ hidangan itu, namun menghargai kreativiti chef Segev Moshe.
“Kami sangat menghormati Perdana Menteri Jepun,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan tanpa mengemukakan sebarang permohonan maaf.
Segev yang terkenal dengan cara luar biasa dan pelik menyediakan hidangan untuk pemimpin asing turut mempertahankan ideanya meletakkan pencuci mulut dalam replika kasut tersebut atas alasan ia bukan kasut sebenar. - Press TV
#Akie Abie
#Benjamin Netanyahu
#Jepun
#Kementerian Luar
#Palestin
#Perdana Menteri
#Shinzo Abe
#tatatertib