PM Jepun rombak Kabinet
Astro Awani
Ogos 11, 2022 09:15 MYT
Ogos 11, 2022 09:15 MYT
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida merombak barisan Kabinetnya, pada Rabu.
Ini dalam usaha menjauhkan pentadbirannya daripada Gereja Penyatuan Konservatif yang dikaitkan dengan pembunuhan pemimpin Shinzo Abe dan anggota kanan parti pemerintah.
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
Ini diikuti kemenangan pilihan raya Kishida Julai lalu yang dijangka memastikan kestabilan jangka panjang sehingga 2025.
Namun pembunuhan mengejutkan Abe pada 8 julai dan kesannya terhadap politik meningkatkan ketidakpastian apabila sokongan orang ramai terhadap kabinet kishida merosot.
Kishida berkata adalah penting untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai dan kabinet baharu terdiri daripada mereka yang bersetuju untuk mengkaji semula hubungan mereka dengan gereja tersebut dan membantu mangsa perniagaan agama yang didakwa menipu.
Tujuh menteri disingkirkan termasuk Menteri Pertahanan Nobuo Kishi iaitu adik Abe.
Pemimpin gereja mengkritik rombakan kabinet Kishida.