PM Jepun bubar Parlimen, pilihan raya umum dijangka 14 Dis

AFP
November 21, 2014 20:16 MYT
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe
Dewan Rendah Jepun dibubar hari ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung bulan depan.
Langkah ini diambil perdana menteri Shinzo Abe yang berhasrat untuk kembali memegang tampuk kuasa dan memulihkan semula ekonomi.
"Mengikut artikel tujuh perlembagaan Jepun, Dewan Rendah dibubarkan," kata speaker dewan, Bunmei Ibuki.
Kabinet dijadual mengadakan mesyuarat tergempar petang Jumaat untuk menetapkan tarikh pilihan raya pada Ahad, 14 Disember.
Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Asahi Shimbun pada Rabu dan Khamis, kadar penerimaan terhadap kabinet Abe jatuh kepada 39 peratus daripada 42 peratus awal bulan ini.
Kadar penolakan beliau meningkat kepada 40 peratus daripada 36 peratus, menjadikannya lebih tinggi daripada kadar kelulusan atau penerimaanya buat kali pertama sejak menjawat jawatan itu pada Disember 2012, menurut kajian itu.
#Jepun #pilihan raya #Shinzo Abe
;